20 Dis 2012. Sebahagian dari keluarga
Makjah menjadikan Langkawi sebagai destinasi percutian
pada kali ini. Percutian yang tidak dirancang. Keputusan hanya dibuat pada tengahari
20 Dis 2012. Mungkin itulah yang dikatakan rezki kerana tiket Pesawat Airasia
dan hotel di Langkawi masih ada kekosongan walaupun tidak membuat sebarang tempahan walaupun dengan keadaan musim percutian persekolahan. Seramai 18 orang yang mengikuti percutian ini yang terdiri
dari Makjah, keluarga Abang Rahmat, keluarga Abang Pauzi, keluarga Hidayah, keluarga
Nurul dan Busu Ijam.
Dengan pesawat AK6316 kami
berlepas melalui LCCT menuju ke Langkawi pada jam 0745 malam (penerbangan lewat
20 minit). Selamat mendarat di Langkawi pada jam 0845. Kami terus ke One Hotel
Helang sebagai tempat penginapan kami. Sebelum berehat kami sempat menjamu selera di Restoran Patani di Padang Matsirat.
21 Dis 2012. Selepas bersarapan pagi di Hotel, kami ke jetty
Porto malai untuk menaiki bot bagi mengikuti aktiviti “island hopping” dengan
destinasinya Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Eagle feeding.
Selepas makan tengahari, pada sebelah petangnya kami telah
mengunjungi Ayak Hangat Village. Setelah
selesai kami pulang ke hotel untuk berehat. Sementara anak-anak meneruskan
aktiviti berenag di kolam renang hotel.
Pada sebelah malamnya disebabkan keletihan, tiada sebarang aktiviti yang
dilakukan hanya makan malam di Kuah.
22 Dis 2012. Selepas
bersarapan, kami telah mengunjungi Pusat membeli belah, sudah jadi kemestian
setiap kali mengunjungi Langkawi kami akan ke Hj Ismail Group untuk membeli
sedikit buah tangan. Kami juga mengunjungi Idaman Suri untuk melihat jualan
pinggan mangkuk. Kami balik ke KL dengan pesawat Airasia pada jam 0830 malam
dan selamat sampai ke Bandar Baru Bangi pada jam 11.30 malam.