Makjah81

Salam semua, blog ini di wujudkan sebagai pemangkin kepada keseluruhan keluarga untuk mengetahui perkembangan serta berita terkini keluarga Mak Jah. Saya, Akmal Daniel Mazelan berharap semoga semua keluarga bersedia untuk memaklumkan perkara atau perkembangan terkini supaya boleh di muatkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Sebarang info boleh di emailkan ke : akmaldaniel09@gmail.com. Insyaallah semua info terkini akan di muatkan ke dalam blog ini sebaik mungkin. Terima kasih Daniel

Friday 28 September 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Pakcu Asrul

Jumaat 28 Sep 2012.     Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi Pakcu Hasrul kerana menyambut Hari Ulang Tahun yang ke 31. Sama-sama lah kita berdoa moga Pakcu akan lebih berjaya dalam kerjaya, dimurahkan rezki dan sehat walafiat.


Friday 14 September 2012

Mengapakah Lantai Masjidil Haram Tidak Panas?


Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panassehingga mencecah lebih 40 darjah.

Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.
 
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.

Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.

Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.

Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga. Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat. Oleh demikian yang unik, sewaktu mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar. Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas seperti berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.

Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah seorang ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berjubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Jubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.

Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam. Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.

Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah kawasan tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf. Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibena ruangan bawah tanah. Tidak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
            
Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini merupakan bentuk perkhidmatan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun yang terpaksa meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.

Friday 7 September 2012

Rehat Minda, Lagu Lucu .... lucu ke




Lagu ini berjudul UDIN SEDUNIA, dicipta oleh seorang penyanyi yang yang bernama Sualudin
berasal dari Cilokak, Sasak NTB Lombok Tengah, Indonesia. Bermula sebagai seorang pengamin (penyanyi jalanan), kini terkenal di seluruh Indonesia, walaupun dengan hanya sebuah lagu. Pada asalnya dia mencipta lagu ini kerana berhasrat  menyindir ketua PSSI Nurdin Halid. Itulah alkesahnya...........

Wednesday 5 September 2012

Rancangan Mengadakan Hari Keluarga Mak Jah

Keluarga Atok Jah telah merancang untuk mengadakan Hari Keluarga Mak Jah 2013.

Tujuan   :  Untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang telah terjalin baik disamping dapat menghindarkan tekanan oleh beban tugasan.

Tarikh   :  09 Feb 2013 (sabtu) hingga 11 Feb 2013 (isnin). (Cuti Tahun Baru China)

Tempat :  Banglow Lot 938, dan Lot 940 jalan Hang Nadim 5, A'Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka


Aturcara :

09 Feb 2013

0300PM     -     Checkin Penginapan
                   -     Aktiviti Bebas
0720PM     -     Solat Maghrib Berjemaah.
                   -     Tahlil Ringkas
 0845PM    -     Solat Isyak Berjemaah
                  -      Makan Malam 
                  -      Aktiviti Bebas

10 Feb 2013

0700AM     -     Sarapan Pagi
0900AM     -     Sukaneka
1245PM     -     Makan Tengahari
                   -     Aktiviti Bebas
 0430PM    -     Persiapan Makan Malam BBQ
 0720PM    -     Solat Maghrib Berjemaah
                   -     Makan Malam BBQ
                   -     Karaoke
                   -     Penyampaian Hadiah Sukaneka
                   -     Aktiviti Bebas

11 Feb 2013

0700AM     -     Sarapan Pagi
                   -     Aktiviti Bebas
1230PM     -     Checkout

Nota:  Aturcara ini boleh diubah mengikut kesesuaian. Pandangan dan cadangan amat dialu-alukan.

Lain-Lain

Baju T   -    Untuk menambahkan lagi impak kepada kemeriah hari keluarga, dicadangkan untuk diwujudkan sehelai Baju T untuk dipakai bagi setiap yang hadir. Design dan warna masih belum diputuskan.

Nota:  Mohon idea dari semua

Contoh :
Dewasa dan kanak-kanak lelaki





Dewasa dan Kanak-kanak perempuan.
(Long Sleeve)



 Banner    -     Design dan konsep masih belum diputuskan.

Nota:  Mohon idea dari semua

Contoh:


Percutian Keluarga Ke Pantai Timur

Pada 07 - 12 July 2012 Atuk Jah, Busu Ijam, Pakcu Asrul, Makcu Nurul, Ayah, Mama dan Daniel telah bercuti ke Pantai Timur. Tempat yang di kunjungi seperti Kuala Terengganu, Kuala Merang, Pulau Redang, Kota Bahru, Rantau Panjang dan Cameron Highland

Bertolak dari Kuala Lumpur pada 07 July jam 0900 pagi. Sampai ke Kuala Merang pada jam 0500 petang. Bermalam di Sutera Beach Resort sementara menunggu bot ke Pulau Redang keesokan harinya.

Pada 08 July 2012, dengan menggunakan perkhidmatan Bot Nurul, kami berlepas dari jeti Kuala Merang pada jam 0930 pagi menuju ke Pulau Redang. Terdapat suatu peristiwa yang mungkin tidak akan dilupakan apabila selepas 15 minit perjalanan, Bot Nurul mengelami kerosakan pada bahagian Gear Box. Pihak pengurusan telah memindahkan kami ke bot yang agak kecil. Dengan suasana ombak di Lautan Cina Selatan membuatkan kami kecut perut sewaktu pertukaran bot. Walaubagaimana pun perjalanan kami diteruskan dan selamat sampai ke Pulau Redang setelah 45 minit dihempas ombak lautan Cina Selatan.
Sepanjang berada di Pulau Redang, kami menginap di Redang Lagoon Chalet. Kawasannya yang berhampiran dengan pantai membuatkan kami mudah untuk melakukan aktiviti pantai. Lazimnya di Pulau Redang adalah keindahan pantai dan kejernihan airnya. Snorkling dan skuba merupakan aktiviti utama di Pulau Readng. Kami juga dibawa ke Marine Central Park dan "Open Sea" untuk melakukan aktiviti snorkling. Memang diakui kecantikan ikan-ikan dan karang membuatkan masa berlalu begitu pantas.
Setelah 3 hari berada di Pulau Redang, pada 10 July 2012 kami kembali ke Kuala Merang. Dari situ kami teruskan perjalanan ke kuala Terangganu. Kami berkesempatan mengunjungi Taman Warisan, Pulau Duyung yang menempatkan Masjid Kristal. Kami juga mengunjungi Muzium Terangganu dan Losong. 
Setelah makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Kota Bahru, Kelantan. Kami menginap di Cantique Villa. Dikesempatan berada di sana, kunjungan ke Wakaf Che Yeh disebelah malamnya untuk membeli belah di keesokan nya di Pasar Siti Khadijah.

11 July, perjalanan diteruskan ke Rantau Panjang, di sana kami berkesempatan menunaikan solat asar di Masjid Baijing. Keunikan reka bentuk masjid ini amat terserlah dengan bercirikan masjid dari negara China.
Perjalanan kami diteruskan ke Cameron Highland, Pahang sebagai destinasi terakhir percutian ini. Kami menginap di Hotel Jasmin Berincang. Pada 12 July 2012, jam 0300 petang bertolak ke Kuala Lumpur. 
Busu Ijam memeriksa daun salad di Cactus Vally Cameron Highland

Atuk Jah bersantai di Pantai Marine Central Park


Keunikan Batu Karang dan ikan-ikan
Video di sepanjang aktiviti percutian

Hidup Kita Masih Punya Harapan Di sisi Allah SWT

Sejahil mana sekali pun seseorang itu, pintu taubat sentiasa terbuka kepadanya. Jangan berputus asa dan terasa sudah tiada harapan lagi untuk di terima Allah SWT di Akhirat kelak.



Sama-sama lah kita hayati...................
Perbanyakanlah solat sunat taubat.........
Insyaallah diterima di sisi Nya........
Wallahuallam.......

Monday 3 September 2012

Kerjaya Di tempat Baru








Bersempena bermula hari pertama (hari ini) Syafiq bertugas ditempat yang baru, sama-sama kita doakan semoga dia dapat menyesuaikan diri dan selesa dengan persekitaran dan tugas yang baru. Juga mudah-mudahan akan lebih berjaya dan cemerlang dalam kerjaya. Difahamkan dia bertugas di SWM Johor Bahru. SELAMAT MAJU JAYA

Jemputan Majlis Perkahwinan




Insyaallah pada Okt 2012 salah seorang dari cucu Atok Jah iaitu Mamat (gambar) akan melangsungkan perkahwinan pada 7 Okt 2012 di rumah pengantin perempuan dan 28 Okt 2012 di rumah Paklong Zai (pengantin lelaki)

Seluruh keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Mengerjakan Ibadah Umrah



Insyaallah pada pertengahan bulan Dis 2012 (tarikh sebenar akan di updatekan) cik Nora dan Cik Fozi sekeluarga serta Makcu Nurul dan Pakcu Asrul akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Umrah. Sama-sama kita doakan semoga mereka selamat berangkat, selamat mengerjakan ibadah dan selamat kembali ke tanah air. Alhamdulillah Hirabbil Alamin....

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Pada tahun ini (2012) ramai cucu Atok Jah yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan PMR. Sama-sama kita doakan semoga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang, insyaallah.

Peperiksaan SPM
 Along (Amera)
 Along (Anis)

Peperiksaan PMR
 Angah (Atirah)
 Fahmi
Angah (Hanim)

Kepada yang akan mengambil peperiksaan berusahalah bersungguh-sungguh disamping berdoa kehadarat Allah SWT semoga akan dipermudahkan semasa menghadapi peperiksaan serta diberikan kejayaan. Jangan juga lupa pohonkan keampunan yang sebenar-benarnya dari kedua ibu bapa sebelum menghadapi peperiksaan. Pasang niat (nazar) untuk menempa kejayaan. insyaallah.....


SELAMAT MAJU JAYA

Oh Atok Jah Kesayangan Ku

Atok Jah

Tangisan Kegembiraan Seorang Ibu Di Pagi Syawal

Tidak semena-mena Atok Jah menangis teresak-esak selepas abang Syafik membacakan doa. Itu lah tangisan seorang ibu tanda kegembiraan yang teramat sangat.

Allah (swt) berfirman yang bermaksud:

"Kami wajibkan  manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, serta kepada Aku jua tempat kembali."
(Q.S.Luqman:14)

Sambutan Aidil Fitri 1433H

Sambutan Aidil Fitri pada tahun ini sungguh meriah. Berkebetulan semua keluarga telah pulang ke Kampong bagi merayakannya. Alhamdulillah semoga keadaan begini akan berterusan di tahun mendatang.