Makjah81

Salam semua, blog ini di wujudkan sebagai pemangkin kepada keseluruhan keluarga untuk mengetahui perkembangan serta berita terkini keluarga Mak Jah. Saya, Akmal Daniel Mazelan berharap semoga semua keluarga bersedia untuk memaklumkan perkara atau perkembangan terkini supaya boleh di muatkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Sebarang info boleh di emailkan ke : akmaldaniel09@gmail.com. Insyaallah semua info terkini akan di muatkan ke dalam blog ini sebaik mungkin. Terima kasih Daniel

Monday 3 September 2012

Tangisan Kegembiraan Seorang Ibu Di Pagi Syawal

Tidak semena-mena Atok Jah menangis teresak-esak selepas abang Syafik membacakan doa. Itu lah tangisan seorang ibu tanda kegembiraan yang teramat sangat.

Allah (swt) berfirman yang bermaksud:

"Kami wajibkan  manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, serta kepada Aku jua tempat kembali."
(Q.S.Luqman:14)

No comments: