Makjah81

Salam semua, blog ini di wujudkan sebagai pemangkin kepada keseluruhan keluarga untuk mengetahui perkembangan serta berita terkini keluarga Mak Jah. Saya, Akmal Daniel Mazelan berharap semoga semua keluarga bersedia untuk memaklumkan perkara atau perkembangan terkini supaya boleh di muatkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Sebarang info boleh di emailkan ke : akmaldaniel09@gmail.com. Insyaallah semua info terkini akan di muatkan ke dalam blog ini sebaik mungkin. Terima kasih Daniel

Wednesday 26 December 2012

Percutian Keluarga Makjah Ke Langkawi


20 Dis 2012.  Sebahagian dari keluarga Makjah menjadikan Langkawi sebagai destinasi percutian pada kali ini. Percutian yang tidak dirancang. Keputusan hanya dibuat pada tengahari 20 Dis 2012. Mungkin itulah yang dikatakan rezki kerana tiket Pesawat Airasia dan hotel di Langkawi masih ada kekosongan walaupun tidak membuat sebarang tempahan walaupun dengan keadaan musim percutian persekolahan. Seramai 18 orang yang mengikuti percutian ini yang terdiri dari Makjah, keluarga Abang Rahmat, keluarga Abang Pauzi, keluarga Hidayah, keluarga Nurul dan Busu Ijam.

Dengan pesawat AK6316 kami berlepas melalui LCCT menuju ke Langkawi pada jam 0745 malam (penerbangan lewat 20 minit). Selamat mendarat di Langkawi pada jam 0845. Kami terus ke One Hotel Helang sebagai tempat penginapan kami. Sebelum berehat kami sempat menjamu selera di Restoran Patani di Padang Matsirat.

21 Dis 2012. Selepas bersarapan pagi di Hotel, kami ke jetty Porto malai untuk menaiki bot bagi mengikuti aktiviti “island hopping” dengan destinasinya Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Eagle feeding.

Selepas makan tengahari, pada sebelah petangnya kami telah mengunjungi Ayak Hangat Village.  Setelah selesai kami pulang ke hotel untuk berehat. Sementara anak-anak meneruskan aktiviti berenag di kolam renang hotel.  Pada sebelah malamnya disebabkan keletihan, tiada sebarang aktiviti yang dilakukan hanya makan malam di Kuah.

22 Dis 2012.  Selepas bersarapan, kami telah mengunjungi Pusat membeli belah, sudah jadi kemestian setiap kali mengunjungi Langkawi kami akan ke Hj Ismail Group untuk membeli sedikit buah tangan. Kami juga mengunjungi Idaman Suri untuk melihat jualan pinggan mangkuk. Kami balik ke KL dengan pesawat Airasia pada jam 0830 malam dan selamat sampai ke Bandar Baru Bangi pada jam 11.30 malam.





































































 


 







































Wednesday 19 December 2012

TAHNIAH !!!!! Diatas Kejayaan Cucu Makjah Dalam Peperiksaan PMR.

19 Dis 2012.  Hari ini merupakan hari yang dinantikan oleh semua adik-adik yang telah menduduki peperiksaan PMR. Kerana pada hari ini keputusan peperiksaan tersebut di umumkan.

Serami 3 orang cucu Makjah yang terlibat dengan peperiksaan ini. Alhamdulillah semuanya berjaya, cuma yang membezakan adalah yang cukup cemerlang, cemerlang dan berjaya.

Dari ketiga-tiga yang terlibat, Ameera Athira yang paling berjaya dengan berjaya merangkul 8A. Kami dari keseluruhan keluarga Makjah mengucapkan setinggi tahniah atas kejayaan tersebut. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh, akhirnya menghasilkan keputusan yang cukup membanggakan. Begitu juga kepada yang lain, juga ucapan tahniah.

Walaubagaimanapun, perjuangan belum berakhir, perjalanan masih panjang. Insyaallah pada tahun 2014 sekali lagi akan menempuhi peperiksaan SPM. Ia semestinya lebih mencabar. Teruskan usaha tanpa jemu. kekalkan dan gandakan kecemerlangan ini. 



Ameera Athira

Dengan keputusan ini juga semestinya mengembirakan kedua ibu bapa. Kepada keluarga Pouzi dan Nora, tahniah dengan kejayaan Ameera Athira yang cukup cemerlang. Kepada keluarga Non dan Ida begitu juga Din dan Shida tahniah kerana mereka juga turut berjaya. Sekiranya ada kelonggaran, masih ada ruang untuk di isi sewaktu menghadapi peperiksaan SPM nanti, insyaallah berjaya.....

Slip Keputusan PMR Ameera Athira

Thursday 13 December 2012

ANAK-ANAK MAKJAH BERKUMPUL DI KAMPONG

Pada 8, 9 dan 10 Dis yang lepas anak-anak berkumpul di kampong walaupun kehadiran tidak serentak di atas sebab-sebab komitment kerja masing-masing.

Kalau sebelum ini setip kali majlis kenduri yang diadakan, penyediaan juadah akan diserahkan kepada katering. Pada kali ini penyediaan juadah dilakukan sendiri oleh anak beranak Makjah secara bergotong royong. Dengan hasil ternakan ayam kampong yang telah diusahakan oleh Makjah telah membuahkan hasil, dari sejumlah 500 ekor ayam kampong yang telah dipelihara sejak 2 bulan yang lalu, 30 ekor telah dikorbankan untuk majlis kenduri ini. Alhamdulillah, dengan usia ayam yang masih muda serta segar membuatkan anak beranak Makjah berselera menjamah juadah ayam kampong.

Makjah ada menyatakan hasrat untuk membesarkan lagi jumlah ternakan ayam kampongnya. Selain dapat dijadikan pendapatan tambahan, dapat juga menampung keperluan bagi setiap kali perayaan dan bilamana anak-anak pulang beramai-ramai ke kampong. Insyaallah sama-sama kita mendoakan agar projek baik  ini akan berkembang dan terus berjaya.