Makjah81

Salam semua, blog ini di wujudkan sebagai pemangkin kepada keseluruhan keluarga untuk mengetahui perkembangan serta berita terkini keluarga Mak Jah. Saya, Akmal Daniel Mazelan berharap semoga semua keluarga bersedia untuk memaklumkan perkara atau perkembangan terkini supaya boleh di muatkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Sebarang info boleh di emailkan ke : akmaldaniel09@gmail.com. Insyaallah semua info terkini akan di muatkan ke dalam blog ini sebaik mungkin. Terima kasih Daniel

Tuesday 27 November 2012

Aiman Bersunat Hari Ni......

Hari ini merupakan hari bersejarah buat Aiman dan keluarga Pouzi. Aiman akan bersunat pada hari ini di Clinic Al-Haj. Kita doakan Aiman akan selamat dan ceria selalu. Sekali lagi tahniah Aiman.

Sebelum bersunat (ceria dalam gementar)

                                                                 














 Selepas bersunat ....no halll
 Seorang lagi cucu Makjah bakal melangkah ke alam remaja......

Melawat Muhammad Haziq Izzuddin

Semalam 26 Nov, kami telah dapat keluangan waktu untuk melihat anak kesayangan Cikdin, Muhammad Haziq yang telah berusia 11 hari. Alhamdulillah sihat walafiat begitu juga dengan ibunya, alhamdulillah.

BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND SEBAHAGIAN KELUARGA MAKJAH DAN KELUARGA PPD JOHOR BAHRU

Pada 23 - 25 Nov 2012 yang lalu, satu program percutian bersama keluarga PPD Johor Bahru seramai 27 orang telah ke Cameron Highland untuk bercuti.

Sebahagian dari keluarga Makjah seramai 8 orang juga turut serta yang terdiri dari keluarga Mariah, keluarga Hidayah, keluarga Nurul dan anak-anak Nora.

Rombongan dari PPD Johor Bahru memulakan perjalanan dari Johor Bahru lebih kurang pada jam 06.30 petang 23 Nov. Sampai di Bandar Baru Bangi pada 11.30 malam. Kami menikmati Burger di Ramal Junction Food Court.

Pada 12.30 malam kami meninggalkan Bandar Baru Bangi menuju ke Kuala Lumpur untuk mengintai suasana malam di KL seperti PWTC, Menara Berkembar, Jalan Bukit Bintang dan lain-lainnya. Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi R&R Tapah, Perak. Kami selamat sampai di Tapah agak awal iaitu pada 04.30 pagi. Kami berehat agak lama sementara menunggu waktu solat subuh. Setelah membersihkan diri, solat subuh, kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland melalui pintu masuk Tapah. Sampai di Ringlet kami telah menyedari 2 bag telah tercicir semasa dalam perjalanan apabila tempat menyimpan barangan bahagian bawah bas telah terbuka.

Setelah sampai di Bee Farm pada jam 0900 pagi, bas untuk membawa kami ke Boh Plantation Sungai Palas telah siap menunggu. Kami bersarapan pagi dengan keekanan teh segar di Boh Plantation. Selepas itu kami mengunjungi Bee Farm untuk mendapat sedikit ole-ole madu. Mengikut perancangan awal adalah melawat Butterfly Farm, tapi disebabkan keletihan dan mengantuk, rancangan telah dibatalkan dan terus menuju ke Villa Dahlia untuk makan tengahari dan beristirehat.

Sekitar jam 04.30 petang, kami melawat Cactus Vally dan Pasar Malam Berinchang. Dengan suasana hujan sedikit sebanyak telah membantutkan kelancaran program yang direncanakan. Pulang ke Villa dahlia pada 07.00 untuk persediaan makan malam BBQ dan berkaraoke. Makan malam BBQ dan berkaraoke agak menceriakan suasana kelatihan disiangnya. Dalam pertandingan karaoke, Asrul telah berjaya menjadi johan.

25 Nov, hari terakhir di Cameron Highland, seawal jam 07.30 pagi kami telah bersarapan dan "check out" dari Villa Dahlia pada 09.30 pagi.

Sebelum meninggalkan tanah tinggi ini, kami mengunjungi Ladang Rajuu  Strawberry dan membeli belah sayuran dan buah-buahan di Kea Farm. Pada 01.30 petang kami bergerak meninggalkan Cameron Highland. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Bharat Tea Plantatin untuk menikmati tea tarik dan juga Lata Iskandar.

Kami berehat sekali lagi di R&R Tapah untuk makann tengahari dan solat dan sampai ke Bandar Baru Bangi pada 07.30 malam. Manakal rombongan dari PPD Johor Bahru meneruskan perjalan ke JB dan sapai pada 12.30 tengahmalam.

Kami dari sebahagian keluarga Makjah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En Rahmat dan keluarga PPD Johor Bahru kerana telah sudi mengajak kami untuk turut serta dalam program percutian yang sungguh menarik ini. Kami cukup terharu dengan keramahan dan "sporting" nya mereka, dengan keadaan begini membuatkan kami tidak merasa kekok dan terasing. Kami merasakan seolah-olah kami juga sebahgian dari keluarga PPD. Sekali lagi ucapan terima kasih.












Sunday 18 November 2012

Hari Lahir Makjah Yang Ke 71

Dengan kesempatan keluarga berkumpul di rumah Idah selepas melawat Din dan Shidah menyambut kelahiran baby, satu majlis ringkas diadakan untuk menyambut hari kelahiran Makjah yang ke 71. Tarikh sebenar adalah pada 29 Nov. Dengan kesempatan yang ada, majlis ini telah disambut secara "advance" selama 12 hari. Marilah kita semua sebagai anak/menantu cucu dan cicit mendoakan semoga Atuk Jah di kurniakan dengan kesihatan yang sempurna, di panjangkan umur, dimurahkan rezki. Sama-samalah kita berdoa.
  Amin amin ya rabbil alamin..........
.

P Ramlee vs D Ramlee


فقط لإجراء مقارنات بينهما من وماذا على حد سواء ب. الرملة أو واحد منهم ، cubak terka.....؟
Hanya untuk buat perbandingan siapakah antara mereka berdua ini, apakah kedua-duanya P. Ramle atau salah satunya, cubak terka.....?


Yang sebenarnya salah satu je yang betul-betul P. Ramle dan satu lagi P. Din, confuse kan. Kalau terjumpa P. Din kat mana-mana jangan terpanggil abang remlee lak, kena ingat tu......




                                                                   Ini P Dinn

Ini P Ramlee yang betullll



Fariz Norazman Dah Jadi Dewasa............

Alhamdulillah pada 11 Nov 2012 yang lalu, Fariz telah selamat berkhatan. Tahniah kita ucapkan, dah jadi bujang......
Nampaknya cuti sekolah ni banyak habiskan masa berehat atas katil je le.... menahan sakit, tak gitu fariz...

Friday 16 November 2012

Keluarga Baru Khairuddin (cikdin)

Alhamdulillah, Kak Shidah telah selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 11:45am. Berat baby semasa kelahiran 3305 gram. Alhamdulillah Sihat wal afiat. Semasa lawatan pada hari tersebut Kak Shida masih dalam bilik rawatan. Tidak dibenarkan pelawat mengunjungi, hanya waris terdekat. 

Dikesempatan ini kami semua keluarga mengucapkan setinggi tahniah kepada pasangan Khairudin dan Rasidah dengan kehadiran keluarga baru ini. Kepada Ain, Fahmi dan Fiqa.... kalau dulu betige lani dah berempat.

Setakat ini nama belum dapat zahirkan, tengah mencari-cari yang sesuai. Kalau ikut idea ibu dan bapa saudara macam-macam ada. Ada Jeffry din lah, Maydin lah, Solatudin lah dan macam-macam lagi. Tapi tu cuma gurauan jeee, Mungkin keluarga Cik Din dan Cik Shida dah ada nama yang baik tu. Cumanya belum di publish je.

Dengan kelahiran baby ni bertambah lah cucu Makjah kepada 42 orang. Alhamdul;illah semakin ramai, semakin meriah le nampaknya.


Wednesday 14 November 2012

Hari Terakhir Percutian Keluarga Makjah Di Medan


Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Medan. Dengan kondasi kami yang agak kepenatan, jadi menghabiskan pagi di Villa sahaja.



 Sempat membaca koran tempatan SEPUTAR INDONESIA





   Gambar kenangan untuk ucapan selamat tinggal.
 
   Sebagai kenangan bersama cewek manis.


Kami meninggalkan Villa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia pada jam 3.30 petang, dalam perjalanan singgah sebentar di Medan Mall untuk shoping terakhir. 

Keberangkat pulang ke Malaysia menggunakan Pesawat Airasia AK457 jam 9.45 waktu tempatan. Selamat sampai ke LCCT pada jam 11.45 malam dan menuju ke rumah masing. Dengan ini berakhirlah lah satu episod percutian keluarga Mak Jah selama 5 hari 4 malam di Medan. 

Semoga semuanya bergembira dan dapat pengalaman baru di negara orang. Insyaallah kalau ada rezki dan umur kita akan datang lagi ke Medan. 

Sekian.