Makjah81

Salam semua, blog ini di wujudkan sebagai pemangkin kepada keseluruhan keluarga untuk mengetahui perkembangan serta berita terkini keluarga Mak Jah. Saya, Akmal Daniel Mazelan berharap semoga semua keluarga bersedia untuk memaklumkan perkara atau perkembangan terkini supaya boleh di muatkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Sebarang info boleh di emailkan ke : akmaldaniel09@gmail.com. Insyaallah semua info terkini akan di muatkan ke dalam blog ini sebaik mungkin. Terima kasih Daniel

Friday 16 November 2012

Keluarga Baru Khairuddin (cikdin)

Alhamdulillah, Kak Shidah telah selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 11:45am. Berat baby semasa kelahiran 3305 gram. Alhamdulillah Sihat wal afiat. Semasa lawatan pada hari tersebut Kak Shida masih dalam bilik rawatan. Tidak dibenarkan pelawat mengunjungi, hanya waris terdekat. 

Dikesempatan ini kami semua keluarga mengucapkan setinggi tahniah kepada pasangan Khairudin dan Rasidah dengan kehadiran keluarga baru ini. Kepada Ain, Fahmi dan Fiqa.... kalau dulu betige lani dah berempat.

Setakat ini nama belum dapat zahirkan, tengah mencari-cari yang sesuai. Kalau ikut idea ibu dan bapa saudara macam-macam ada. Ada Jeffry din lah, Maydin lah, Solatudin lah dan macam-macam lagi. Tapi tu cuma gurauan jeee, Mungkin keluarga Cik Din dan Cik Shida dah ada nama yang baik tu. Cumanya belum di publish je.

Dengan kelahiran baby ni bertambah lah cucu Makjah kepada 42 orang. Alhamdul;illah semakin ramai, semakin meriah le nampaknya.


No comments: