Makjah81

Salam semua, blog ini di wujudkan sebagai pemangkin kepada keseluruhan keluarga untuk mengetahui perkembangan serta berita terkini keluarga Mak Jah. Saya, Akmal Daniel Mazelan berharap semoga semua keluarga bersedia untuk memaklumkan perkara atau perkembangan terkini supaya boleh di muatkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Sebarang info boleh di emailkan ke : akmaldaniel09@gmail.com. Insyaallah semua info terkini akan di muatkan ke dalam blog ini sebaik mungkin. Terima kasih Daniel

Wednesday 14 November 2012

Percutian Di Medan Hari Ke Empat


07 Jun 2010. Seawal pagi setelah bersarapan pagi. Selepas itu kami di bawa semula menuju ke Kota Medan.





Sebelum berangkat meninggalkan Berastagi, anak-anak sempat bersantai di Green Garden Hotel.


Dalam perjalanan sempat membeli buah-buahan tempatan
 

Beramah mesra dengan penduduk tempatan.









 Sampai di Medan, kami dibawa ke pusat jualan kain-kain dan lain-lain. Berbelanja sakan lah semuanya, untuk ole ole alasannya.
Selepas selesai membeli belah dan makan tengahari kami juga berkesempatan mengunjungi masjid tertua di Medan (Masjid Raya) dan bersolat asar.
Masjid Raya Al Mashun.
Satu lagi peninggalan Sultan Deli, iaitu Masjid Raya Al Mashun. Menurut sebuah sumber, masjid mulai dibena tanggal 1 Rajab 1324H atau 21 Ogos 1906 dan selesai 10 Sept 1909 oleh Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah. Beberapa bahan dekorasi yang diperbuat dari Italia dan Jerman serta kononnya dulu ia merupakan sebagian dengan komplek Istana Maimun. Masjid yang dirancang oleh Dingemans dari Amsterdam (dengan bentuk yang simetris jika dilihat dari keempat sisinya) memiliki gaya yang diambil dari budaya Timur Tengah, India, dan Spanyol. Masjid dibena dengan bentuk segi 8 (oktagonal) dan memiliki 4 sayap disetiap bahagian selatan timur utara dan barat yang berbentuk seperti bangunan utama namun berukuran lebih kecil. Luas keseluruhan bangunan adalah 5.000 meter.
  
                                                               Masjid Raya Al Mashun
Konsep bangunan utama beserta bangunan sayap katanya merupakan konsep bangunan masjid kuno di timur tengah, dimana masjid dibangunkan dengan ruang tengah sebagai ruang utama (disebut sahn) dan empat sayap berupa gang beratap untuk berteduh (disebut mugatha/suntuh). Hiasan di masjid ternyata bukan berupa kaligrafi melainkan ukiran bunga dan tumbuhan dan berbeza dengan masjid lain, kubah masjid ini tidak berbentuk bulat namun persegi 8, kubah berjumlah 5 buah, yang paling besar berada diatas bangunan utama dan 4 lainnya di atas sayap masing-masing. Disetiap hujung kubah terdapat ornamen bulan sabit sebagai penghias.

Dalam percutian ini, kami juga berkesempatan mengunjungi Istana Maimoon.

Istana Maimun.
Istana Maimun berada ditengah-tengah Medan yang merupakan Ibu Kota Sumatra Utara. dibena semasa Kesultanan Deli, iaitu Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah tahun 1887–1891, kawasan ini mencakupi keluasan 2,772 m²  dan mempunyai 30 bilik.
 Setelah kekuasaan sudah tiada, Istana ini hanya dijadikan sebagai tempat kunjungan pelancung yang datang ke Medan.

Konsep pembinaan Istana ini merupakan gabungan element-element campuran tradisional Melayu, Islam, Sepanyol, India dan Itali.












Ijam dan Makjah tak nak lepas peluang......


Berergaya sungguh Abang Din dan Kak Shida. 
                                                                                                                                           Ini pulak Pauzi dan Nora.













Sebelum pulang ke tempat penginapan sempat juga mejamu selara di salah sebuah restoran (ikan bakar). Dengan keadaan kelaparan tentu saja cukup sedap.









Selepas semuanya selesai kami ke tempat penginapan bagi malam yang terakhir iaitu di Villa Lovely Holiday.



                                                                Makan malam di Villa.

No comments: