Makjah81

Salam semua, blog ini di wujudkan sebagai pemangkin kepada keseluruhan keluarga untuk mengetahui perkembangan serta berita terkini keluarga Mak Jah. Saya, Akmal Daniel Mazelan berharap semoga semua keluarga bersedia untuk memaklumkan perkara atau perkembangan terkini supaya boleh di muatkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Sebarang info boleh di emailkan ke : akmaldaniel09@gmail.com. Insyaallah semua info terkini akan di muatkan ke dalam blog ini sebaik mungkin. Terima kasih Daniel

Tuesday 27 November 2012

BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND SEBAHAGIAN KELUARGA MAKJAH DAN KELUARGA PPD JOHOR BAHRU

Pada 23 - 25 Nov 2012 yang lalu, satu program percutian bersama keluarga PPD Johor Bahru seramai 27 orang telah ke Cameron Highland untuk bercuti.

Sebahagian dari keluarga Makjah seramai 8 orang juga turut serta yang terdiri dari keluarga Mariah, keluarga Hidayah, keluarga Nurul dan anak-anak Nora.

Rombongan dari PPD Johor Bahru memulakan perjalanan dari Johor Bahru lebih kurang pada jam 06.30 petang 23 Nov. Sampai di Bandar Baru Bangi pada 11.30 malam. Kami menikmati Burger di Ramal Junction Food Court.

Pada 12.30 malam kami meninggalkan Bandar Baru Bangi menuju ke Kuala Lumpur untuk mengintai suasana malam di KL seperti PWTC, Menara Berkembar, Jalan Bukit Bintang dan lain-lainnya. Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi R&R Tapah, Perak. Kami selamat sampai di Tapah agak awal iaitu pada 04.30 pagi. Kami berehat agak lama sementara menunggu waktu solat subuh. Setelah membersihkan diri, solat subuh, kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland melalui pintu masuk Tapah. Sampai di Ringlet kami telah menyedari 2 bag telah tercicir semasa dalam perjalanan apabila tempat menyimpan barangan bahagian bawah bas telah terbuka.

Setelah sampai di Bee Farm pada jam 0900 pagi, bas untuk membawa kami ke Boh Plantation Sungai Palas telah siap menunggu. Kami bersarapan pagi dengan keekanan teh segar di Boh Plantation. Selepas itu kami mengunjungi Bee Farm untuk mendapat sedikit ole-ole madu. Mengikut perancangan awal adalah melawat Butterfly Farm, tapi disebabkan keletihan dan mengantuk, rancangan telah dibatalkan dan terus menuju ke Villa Dahlia untuk makan tengahari dan beristirehat.

Sekitar jam 04.30 petang, kami melawat Cactus Vally dan Pasar Malam Berinchang. Dengan suasana hujan sedikit sebanyak telah membantutkan kelancaran program yang direncanakan. Pulang ke Villa dahlia pada 07.00 untuk persediaan makan malam BBQ dan berkaraoke. Makan malam BBQ dan berkaraoke agak menceriakan suasana kelatihan disiangnya. Dalam pertandingan karaoke, Asrul telah berjaya menjadi johan.

25 Nov, hari terakhir di Cameron Highland, seawal jam 07.30 pagi kami telah bersarapan dan "check out" dari Villa Dahlia pada 09.30 pagi.

Sebelum meninggalkan tanah tinggi ini, kami mengunjungi Ladang Rajuu  Strawberry dan membeli belah sayuran dan buah-buahan di Kea Farm. Pada 01.30 petang kami bergerak meninggalkan Cameron Highland. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Bharat Tea Plantatin untuk menikmati tea tarik dan juga Lata Iskandar.

Kami berehat sekali lagi di R&R Tapah untuk makann tengahari dan solat dan sampai ke Bandar Baru Bangi pada 07.30 malam. Manakal rombongan dari PPD Johor Bahru meneruskan perjalan ke JB dan sapai pada 12.30 tengahmalam.

Kami dari sebahagian keluarga Makjah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En Rahmat dan keluarga PPD Johor Bahru kerana telah sudi mengajak kami untuk turut serta dalam program percutian yang sungguh menarik ini. Kami cukup terharu dengan keramahan dan "sporting" nya mereka, dengan keadaan begini membuatkan kami tidak merasa kekok dan terasing. Kami merasakan seolah-olah kami juga sebahgian dari keluarga PPD. Sekali lagi ucapan terima kasih.












No comments: