Makjah81

Salam semua, blog ini di wujudkan sebagai pemangkin kepada keseluruhan keluarga untuk mengetahui perkembangan serta berita terkini keluarga Mak Jah. Saya, Akmal Daniel Mazelan berharap semoga semua keluarga bersedia untuk memaklumkan perkara atau perkembangan terkini supaya boleh di muatkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Sebarang info boleh di emailkan ke : akmaldaniel09@gmail.com. Insyaallah semua info terkini akan di muatkan ke dalam blog ini sebaik mungkin. Terima kasih Daniel

Wednesday 5 September 2012

Percutian Keluarga Ke Pantai Timur

Pada 07 - 12 July 2012 Atuk Jah, Busu Ijam, Pakcu Asrul, Makcu Nurul, Ayah, Mama dan Daniel telah bercuti ke Pantai Timur. Tempat yang di kunjungi seperti Kuala Terengganu, Kuala Merang, Pulau Redang, Kota Bahru, Rantau Panjang dan Cameron Highland

Bertolak dari Kuala Lumpur pada 07 July jam 0900 pagi. Sampai ke Kuala Merang pada jam 0500 petang. Bermalam di Sutera Beach Resort sementara menunggu bot ke Pulau Redang keesokan harinya.

Pada 08 July 2012, dengan menggunakan perkhidmatan Bot Nurul, kami berlepas dari jeti Kuala Merang pada jam 0930 pagi menuju ke Pulau Redang. Terdapat suatu peristiwa yang mungkin tidak akan dilupakan apabila selepas 15 minit perjalanan, Bot Nurul mengelami kerosakan pada bahagian Gear Box. Pihak pengurusan telah memindahkan kami ke bot yang agak kecil. Dengan suasana ombak di Lautan Cina Selatan membuatkan kami kecut perut sewaktu pertukaran bot. Walaubagaimana pun perjalanan kami diteruskan dan selamat sampai ke Pulau Redang setelah 45 minit dihempas ombak lautan Cina Selatan.
Sepanjang berada di Pulau Redang, kami menginap di Redang Lagoon Chalet. Kawasannya yang berhampiran dengan pantai membuatkan kami mudah untuk melakukan aktiviti pantai. Lazimnya di Pulau Redang adalah keindahan pantai dan kejernihan airnya. Snorkling dan skuba merupakan aktiviti utama di Pulau Readng. Kami juga dibawa ke Marine Central Park dan "Open Sea" untuk melakukan aktiviti snorkling. Memang diakui kecantikan ikan-ikan dan karang membuatkan masa berlalu begitu pantas.
Setelah 3 hari berada di Pulau Redang, pada 10 July 2012 kami kembali ke Kuala Merang. Dari situ kami teruskan perjalanan ke kuala Terangganu. Kami berkesempatan mengunjungi Taman Warisan, Pulau Duyung yang menempatkan Masjid Kristal. Kami juga mengunjungi Muzium Terangganu dan Losong. 
Setelah makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Kota Bahru, Kelantan. Kami menginap di Cantique Villa. Dikesempatan berada di sana, kunjungan ke Wakaf Che Yeh disebelah malamnya untuk membeli belah di keesokan nya di Pasar Siti Khadijah.

11 July, perjalanan diteruskan ke Rantau Panjang, di sana kami berkesempatan menunaikan solat asar di Masjid Baijing. Keunikan reka bentuk masjid ini amat terserlah dengan bercirikan masjid dari negara China.
Perjalanan kami diteruskan ke Cameron Highland, Pahang sebagai destinasi terakhir percutian ini. Kami menginap di Hotel Jasmin Berincang. Pada 12 July 2012, jam 0300 petang bertolak ke Kuala Lumpur. 
Busu Ijam memeriksa daun salad di Cactus Vally Cameron Highland

Atuk Jah bersantai di Pantai Marine Central Park


Keunikan Batu Karang dan ikan-ikan
Video di sepanjang aktiviti percutian

No comments: