Makjah81

Salam semua, blog ini di wujudkan sebagai pemangkin kepada keseluruhan keluarga untuk mengetahui perkembangan serta berita terkini keluarga Mak Jah. Saya, Akmal Daniel Mazelan berharap semoga semua keluarga bersedia untuk memaklumkan perkara atau perkembangan terkini supaya boleh di muatkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Sebarang info boleh di emailkan ke : akmaldaniel09@gmail.com. Insyaallah semua info terkini akan di muatkan ke dalam blog ini sebaik mungkin. Terima kasih Daniel

Sunday 17 February 2013

Hari Keluarga Makjah di A Famosa Alor Gajah Melaka pada 09 - 11 Feb 2013


Hari keluarga Makjah telah berjaya dijalankan di Banglow A Famosa Alor Gajah walaupun tidak semua keluarga dapat keluangan masa untuk turut serta.








Berbagai aktiviti dijalankan:

Hari Pertama  09 Feb 2013:

Semua keluarga mula berkumpul pada mulai jam 04.30 petang. Pada sebelah malamnya selepas solat Maghrib berjemaah, diadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil ringkas. Makan malam yang terdapat pelbagai lauk pauk. Ini disebabkan konsep "Pot Luck".

Hari Kedua 10 Feb 2013:

Seawal pagi selepas sarapan pagi, aktiviti senaman ringan dan aerobik dijalankan. Dengan baju tema masing masing menambah kemeriahnya. Hijau untuk keluarga Rahmat dan Mariyah, Biru untuk keluarga Khairuddin dan Shidah, Kuning untuk Keluarga Azman dan Ida, Merah untuk keluarga Pauzi dan Nora sementara oren kumpulan campuran yang terdiri dari Makjah sendiri, Ijam, Hidayah, Lan, Asrul, Nurul dan Daniel.









 

 Selepas itu acara sukaneka yang tidak kurang menariknya dengan keletah serta sportingnya anak cucu Makjah.



















Setelah selesai sukaneka, acara mandi manda di kolam renang dan di ikuti makan tengahari, Solat dan berehat.


Pada sebelah petangnya, acara yang cukup menarik serta mencabar iaitu acara Tresure Hunt. Kemeriahnya apabila semua keluarga cukup sporting mengikut syarat yang ditetapkan. Bagi peserta lelaki berkain pelikat dan wanita berkain batik. Dapatkah kita bayangkan apabila terpaksa melakukan sesi bergambar di khalayak ramai dengan berpakaian begitu.



































Aktiviti di sebelam malam tidak kurang meriahnya juga, dengan berkonsepkan retro, makan malam BBQ dan kareoke diadakan. Disebabkan agak keletihan, aktiviti ditamatkan awal untuk berehat.


 












  Hari Ketiga (terakhir) 11 Feb 2013:

Selepas sarapan pagi dan berkemas, acara penyampaian hadiah diadakan kepada pemenang sukaneka dan Tresure Hunt. Chek out pada jam 12 tengahari. Sebelum bergerak pulang sesi bergambar diadakan.

Semoga berjumpa lagi dilain masa... insyaallah.

Koleksi video teramat lucu.....
zz

No comments: