Makjah81

Salam semua, blog ini di wujudkan sebagai pemangkin kepada keseluruhan keluarga untuk mengetahui perkembangan serta berita terkini keluarga Mak Jah. Saya, Akmal Daniel Mazelan berharap semoga semua keluarga bersedia untuk memaklumkan perkara atau perkembangan terkini supaya boleh di muatkan ke dalam blog ini untuk tatapan semua. Sebarang info boleh di emailkan ke : akmaldaniel09@gmail.com. Insyaallah semua info terkini akan di muatkan ke dalam blog ini sebaik mungkin. Terima kasih Daniel

Tuesday 23 October 2012

IBADAH HAJI RUKUN ISLAM YANG KELIMA



Menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima. Pergi ke sana bermaksud kita menyahut panggilan Allah SWT, yang telah dilaungkan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Adam dan Ibrahim. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

Menurut Ibn Kathir di dalam tafsirnya, ayat ini merujuk kepada arahan Allah kepada nabi Ibrahim supaya menyeru manusia datang ke tanah suci itu untuk menunaikan haji bagi menyahut seruan Allah. Nabi Ibrahim terpinga-pinga, dan tertanya-tanya bagaimanakah mampu baginda memanggil manusia datang sedangkan bumi tersebut pada waktu itu adalah bumi yang kering-kontang tanpa berpenghuni. Allah menjawab, “Engkau serulah, dan biarkan Kami yang menyampaikan seruan tersebut”. Lantas nabi Ibrahim pun berdiri di tempat yang tinggi, dan menyeru sekuat-kuatnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah menyediakan rumah ibadah untuk kamu, maka tunaikanlah haji ke sini”. Menurut riwayat, bukit-bukau dan gunung-ganang tunduk ketika seruan itu dibuat, sehingga ianya didengar ke seluruh alam. Akhirnya manusia sehinggalah ke hari ini, berduyun-duyun datang ke Makkah setiap musim haji, menyahut seruan Allah melalui nabi Ibrahim, dengan berkata Labbaikallahumma Labbaik…. kami datang wahai Tuhan, kami datang menyahut seruanmu.

Di saat dan ketika ini berjuta umat islam dari seluruh dunia sedang berada di tanah suci Mekah  sedang mengerjakan Ibadah Haji rukun Islam yang kelima. Ukuf di Arafah yang dijangka pada 26 Okt 2012. Justeru itu sama-samalah kita mendoakan mereka selamat mengerjakan ibadah dan di terima di sisi Allah SWT.

Bila bercerita berkenaan jemaah haji di era sekarang mungkin amat jauh berbeza dari zaman dahulu. Keadaan pasarana di Kota Mekah dan Kota Madinah tentu jauh berbeza dari yang terdapat pada zaman sekarang yang penuh dengan system pengangkutan yang moden dan pengurusan yang canggih dan terkini.

Cuba kita kenangkan dan perhatikan keadaan mereka sewaktu mengerjakan haji pada sekitar tahun 1920 untuk renungan kita bersama bagaimana kesusahan mereka jika dibanding dengan keadaan sekarang. Walau bagaimana pun kita harus bersyukur, dengan keadaan sekarang pasti akan memudahkan kita untuk dapat mengerjakan ibadah haji. Wallahuwaalam.

 


Airport Jaddah sekitar tahun 1920M









Sempadan untuk masuk ke Tanah Harram tahun 1920M

 











Megerjakan Tawaf pada tahun 1918M











 





Bersolat di luar majidil harram











Bercukur selepas melaksanakan melontar di Aqabah

Padang Arafah
Jumrah Aqabah

No comments: